Langkah-langkah untuk memastikan bidang Teknologi dan
Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan dalam aktiviti harian.
1)Menggunakan bahan-bahan ciptaan untuk mengajar dan menarik perhatian pelajar dan orang ramai
1)Menggunakan bahan-bahan ciptaan untuk mengajar dan menarik perhatian pelajar dan orang ramai
2.Menyediakan sumber yang begitu luas kepada Pengajar dan
Pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta
penyelidikan.
3.Pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan
Pengajar dan Pelajar untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat
4.Sebagai rutin harian dalam pembelajaran dapat dilaksanakan
jika segala kemudahan dan pendedahan tentang teknologi terkini dilakukan secara
meluas
5.Dapat menarik minat pelajar untuk terus menggunakan
teknologi terkini dalam segala urusan samada berkaitan pembelajaran mahupun
tidak.
Saya bersetuju bahawa sistem inovasi dalam pendidik kesihatan sangat penting untuk kemajuan sesebuah organisasi.Justeru itu, membudayakan ICT terutamanya di kalangan jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan di persada dunia.
ReplyDeleteSITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )
Perkembangan teknologi sangat berkembang maju dalam bidang perubatan dan jururawat memainkan peranan penting untuk mengambil inisiatif dalam memastikan kemahiran dan pengetahuan selari dengan perkembangan ICT. Jururawat perlu melengkapkan diri untuk memastikan proses jagarawatan berjalan lancar. Saya bersetuju dengan pendapat anda.
ReplyDeletePenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
ReplyDelete“Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan."
NOR RINA MAHAWAR (A134817)