Thursday 31 May 2012

BIODATA


 NAMA : SUHAINA SIDEK
 NO MATRIK : A 134827
 PROGRAM : IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN (SEPARUH MASA)
SEMESTER : 4 TUTORIAL :
HARI : KHAMIS MASA : 3-5PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER TERABYTE
EMAIL : suhainasidek@yahoo.com
FACEBOOK : SUHAINA SIDEK

Thursday 24 May 2012

10 video TEKNOLOGI DAN INOVASI

1)QUALCOM WIRELESS HEALTH CHALLENGE 2)WHY SHOULD WE EXERCISE ,EAT RIGHT AND SLEEP TIGHT 3)MICROSOFT VISION FOR FUTURE OF TECHNOLOGY IN HEALTH 4)THE HEALTHY COOKING EQUIPMENT TECHNOLOGY 3X INFRA 5)TECHNOLOGY USED IN NURSING 6) NURSING INFORMATICS 7)NEW MEDICAL TECHNOLOGY 8) INSIDE THE ROBOTIC OPERATING ROOM OF THE FUTURE 9) MOST HUMAN LIKE ROBOT EVER 10)NEW NURSING TECHNOLOGY AT MANSFIELD UNIVERSITY

Sunday 20 May 2012

MEMBUDAYAKAN ICT DIKALANGAN JURURAWAT

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang kerjaya bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam kerjaya jururawat ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk menggayakan lagi persekitaran. Walau bagaimanapun pengurusan ilmu bukanlah pengurusan rnaklunat ,Sesebuah organisasi merupakan gedung ilmu secara disedari atau tidak kerana setiap organisasi mempunyai pengetahuan yang unik yang diperlukan untuk organisasi tersebut berfungsi dan 'hidup'. Kecekapan dan kelancaran operasi sesebuah organisasi amat dipengaruhi oleh bagaimana ilmu tersebut diuruskan (Tissen et a12000). Walaupun pengurusan ilmu bukan perkara baru tetapi ia disedari sebagai sesuatu yang amat penting bagi sesebuah organisasi berdaya saingpada abad ke dua puloh satu ini. Ilmu yang diuruskan secara sistematik dapat meningkatkan prestasi organisasi.

Teknologi dan inovasi dalam pendidikan kesihatan



Sistem inovasi dalam pendidik kesihatan sangat penting kerana bukan semata penyangkut kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi  itu sendiri  tetapi juga bagaimana bidang teknologi dan inovasi  dapat didayagunakan secara maksimum bagi kepentingan nasional dalam pembangunan ekonomi, sosial, budaya, dan lain-lain. Demikian sebaliknya, perkembangan ekonomi, sosial dan budaya menjadi bahagian  yang tidak dapat diabaikan dan merupakan faktor yang sangat mempengaruhi arah dan kemajuan pendidikan.
Langkah-langkah untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan dalam aktiviti harian.
1)Menggunakan bahan-bahan ciptaan untuk mengajar dan menarik perhatian pelajar dan orang ramai
2.Menyediakan sumber yang begitu luas kepada Pengajar dan Pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.
3.Pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan Pengajar dan Pelajar  untuk  menghantar, menerima dan berkongsi maklumat
4.Sebagai rutin harian dalam pembelajaran dapat dilaksanakan jika segala kemudahan dan pendedahan tentang teknologi terkini dilakukan secara meluas
5.Dapat menarik minat pelajar untuk terus menggunakan teknologi terkini dalam segala urusan samada berkaitan pembelajaran mahupun tidak.

Thursday 17 May 2012

10 gambar teknologi dan inovasi



(1)KOMPUTER TERKINI

Harga komputer sekarang ini semakin menurun. Keadaan ini terjadi  setiap kali ada teknologi baru yang keluar tentunya teknologi yang lama harganya akan turun mendadak. Saat ini dunia komputer sudah semakin canggih dengan teknologi baru yang bermunculan dan juga mungkin 2 atau 3 tahun kedepan akan lebih canggih lagi seiring berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi, laptop merupakan  komputer yang sangat di inginkan bagi kalangan pengguna IT. Selain dapat digunakan dimana saja dan laptop juga menjadi Gaya Hidup seorang profesional.



                                            (2) HANDPHONE BERBENTUK JAM TANGAN

Inilah spesifikasi dari handphone Jam tangan . Hp berbentuk jam tangan super canggih umumnya hanya kita jumpai pada filem-filem yang menonjolkan teknologi canggih seperti james bond 007. ataupun filem-filem yang lain. tapi kali ini dunia tak lagi sebuah filem. semua teknologi canggih itu telah terwujud.


Handphone yang memiliki kenunggulan  ini memang layak menjadi solusi sebuah Gaya yang elegan dari produk teknology canggih.


(3) GELANG RFID (Radio frequancy Identification)

Masa kini, Siemens telah menjalankan penyelesaian menggunakan Pengenalan frekuansi radio  (RFID) bagi kegunaan di hospital dan klinik-klinik di beberapa negara Eropah. RFID terdiri daripada tag yang mempunyai Cip  dan antena di sekelilingnya. Bagi membaca data di dalam tag, seseorang memerlukan ‘pembaca’ dengan medan elektromagnet untuk membaca dan memindahkan data.
Kini RFID telah mula digunakan dalam bidang perubatan bagi menyimpan maklumat pesakit. Siemens telah dilengkapi dengan teknologi 'know-how' dalam industri penjagaan kesihatan sejak 1877. Dengan penglibatan dalam pembuatan elektro medikal dan peralatan fizikal lain, Siemens yang mempunyai pengalaman selama 128 tahun sentiasa berusaha menyediakan peralatan bagi penjagaan kesihatan pada masa depan. Kini dengan meningkatnya permintaan bagi perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan penyelesaian bagi pemprosesan klinikal, diagnostik dan prosedur terapeutik menggunakan penyelesaian IT. Banyak masalah di hospital boleh diselesaikan menggunakan teknologi RFID. Pada permulaan RFID digunakan untuk menyimpan maklumat pesakit seperti nama, umur, jantina, berat, penyakit yang dialami, alahan, sejarah, XRay serta maklumat perubatan yang berkaitan.Biasanya RFID dipasangkan dalam bentuk gelang tangan pada pesakit dan doktor yang merawat boleh memuat turun atau memuat naik data di dalamnya dari masa ke semasa. Misalnya doktor boleh mengubah berat badan atau senarai ubatan yang diberikan mengikut keperluan pesakit. Semua ini tidak boleh dilakukan jika menggunakan kaedah kod bar kerana data tidak boleh diubah selepas dimasukkan.





(4) ALAT SENAMAN KARDIOVASCULAR

Mungkin ramai yang kurang faham tentang perbezaan serta keberkesanan senaman kardiovaskular (kardio) atau senaman otot.
Kedua-dua senaman ini memerlukan tenaga yang diperolehi daripada proses pembakaran makanan yang berlaku di dalam badan.
Secara teorinya, anda akan mendapati berat badan anda menurun selepas melakukan senaman kardio.
Masalahnya, anda tidak tahu adakah keadaan ini disebabkan kehilangan lemak, otot atau air.
Jika berat badan anda menurun disebabkan kehilangan otot atau air, ini bermakna , anda 'tertipu' kerana kehilangan berat ini hanya bersifat sementara.
Sekiranya anda berhenti melakukan aktiviti senaman ini, berat badan anda akan meningkat naik dengan cepat.
Justeru, sebelum melakukan sesuatu senaman, sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar kecergasan bertauliah. Dengan ini, anda boleh menyesuaikan matlamat anda bersenam mengikut jenis senaman yang tepat.
KecergasanSecara amnya, kecergasan kardio berkait dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori dan aerobik. Ia adalah aspek kecergasan dan asas kepada sebarang aktiviti fizikal. Senaman ini juga boleh mengurangkan risiko individu daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, hipokinetik atau kematian awal.
Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Apabila anda mempunyai sistem kardiovaskular yang cergas, anda boleh meningkatkan daya tahan dan produktiviti dalam melakukan sebarang tugas.


(5)BANTAL PANAS

Produk yang diperbuat dari Teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan . Bantal panas kesihatan digunakan untuk kita bertungku secara moden.

Tungku Moden adalah adaptasi dari tungku tradisional.
Ianya adalah produk kesihatan sangat sesuai digunakan bila-bila masa serta boleh di bawa ke mana-mana sahaja (walau di mana anda berada, hospital, pejabat, rumah & di dalam kereta.)
-Sesuai digunakan untuk lelaki dan perempuan.
-Menggunakan high quality fabric
-Kepanasan menjangkau sehingga 3-4 jam
-Mudah dipanaskan masa charge hanya 3-8 minit mengikut kesesuaian
kepanasan yg dikehendaki

Fungsi Tungku Moden :-

1. Sangat sesuai utk wanita yang lepas bersalin @ dlm pantang (seeloknya bawa bersama ke hospital, boleh digunakan selepas sahaja bersalin)
2. Sangat sesuai membantu mengurangkan senggugut
3. Membantu melancarkan peredaran darah
4. Membantu mengurangkan membuang angin dlm badan
5. Membantu mengecutan peranakan
6. Membantu memanaskan badan diwaktu kesejukan
7. Membantu mengurangkan lenguh2 badan @ sakit badan
8. Mengurangkan kesakitan pinggang @ tulang belakang
9. Melegakan & mengurang kembung @ sakit perut
10. Membantu memecahkan lemak (jika diamalkan selalu)



 (6) AKUPUNTUR


Penemuan perubatan ( akupuntur kuasa perangsang)
Teknologi terkini dan pengajian yang teliti telah membuktikan bahawa tenaga bio mengaktifkan tenaga positif atau ‘Qi’ di dalam badan titik-titik akupuntur badan. Alat terapi Aculife mengabungkan kuasa perangsang ini dengan akupuntur tradisional memberikan satu revolusi kepada produk kesihatan secara saintifik dan praktikal. Kemujarabannya setanding terapi akupuntur tradisional.

Dwi-fungsi (kesan & kelegaan)
Aculife menggunakan gelombang-gelombang magnetik untuk merangsang arus elektrik yang mengesan secara automatik lokasi titik-titik akupuntur. Ia boleh menilai keadaan kesihatan badan berdasarkan kepada tahap kesakitan yang dirasai pada titik-titik akupuntur yang berbeza pada tapak tangan. Sebagai satu ukuran pencegahan, ia juga dapat mengesan kemungkinan bahaya penyakit di dalam badan dan membantu organ dalaman untuk berfungsi dengan baik melalui memagnetkan cecair badan. Ia amat berkesan dalam melegakan sejumlah besar penyakit lazimnya dalam gaya hidup moden.

                                                                                                   



                                               
                                                     (7) NECK MASSAGER
Neck Massager diperbuat mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah. Ia direka berdasarkan ciri-ciri fisiologi dan patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang elektromagnetik ultra panjang, terapi magnet, terapi terma gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi memberikan rawatan yang lebih pertinen, mudah dan berkesan.Alat rawatan ini dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan, sains dan efikasi. Reka bentuk luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik, maka menjadikannya ideal digunakan sebagai terapi untuk tulang belakang dan bahu manusia. Alat ini ringan dan comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus.


(8)SPECT

Positron Emmision Tomography (PET)

Di dalam bidang perubatan nuklear, tomografi turut digunakan oleh D.E. Kuhl pada tahun 1960-an untuk membentuk imej. Dengan memutarkan sebuah pengesan (yang sama dengan kamera gamma) dalam bulatan sekitar pesakit, imej badan pada satah bulatan tersebut dapat dibentuk dan seterusnya satah-satah berlainan disusun untuk membentuk imej 3 dimensi. Ini dinamakan Tomografi Terhitung Pembebasan Foton Tunggal (single photon emission computed tomography – SPECT).
Pada masa yang sama, Kuhl turut menggunakan radionuklida yang membebaskan positron (anti-zarah kepada elektron). Apabila positron bertemu dengan elektron, ia akan membentuk positronium sementara dalam suatu tempoh, sebelum kedua-duanya akan saling memusnah atau membinasa antara satu sama lain. Pembinasaan ini membebaskan dua foton sinar gamma pada arah yang bertentangan antara satu sama lain. Kedua-dua foton ini akan dikesan oleh dua pengesan yang bertentangan pada bulatan sekitar pesakit. Seterusnya pemprosesan secara tomografi dibuat untuk membentuk imej. Walau bagaimanapun, disebabkan adanya dua sinar gamma dibebaskan pada arah bertentangan daripada satu-satu lokasi, penganggaran lokasi tisu yang menyerap radionuklida tersebut adalah lebih jitu berbanding dengan SPECT. Kaedah ini dinamakan Tomografi Pembebasan Positron (positron emission tomography – PET).
                                                           (9)   ULTRASOUND

Imbasan ultrasound ialah sejenis alat diagnostik masa kini yang sangat berguna untuk memantau pergerakan bayi melalui imej dinamik yang digambarkan pada skrin monitor. Gelombang bunyi berfrekuensi sangat tinggi antara 3.5-7.0 megahertz (iaitu 3.5 ke 7.0 juta pusingan per saat) lazimnya digunakan. Gelombang ini dipancarkan dari transduser yang diletakkan di abdomen wanita dan digerakkan untuk melihat (menyuluh seperti lampu picit) kandungan rahim. Sinaran ultrasound yang berulang-ulang akan mengimbas bayi dan dipantulkan semula ke transduser yang sama. Maklumat yang diperolehi dari pelbagai pantulan ini akan dibentuk semula menjadi gambar di skrin monitor. Pergerakan seperti denyutan jantung bayi boleh dinilai dan pengukuran boleh dibuat ke tahap yang sangat tepat berdasarkan imej yang ditunjukkan di skrin. Pengukuran sebegini menjadi asas dalam menentukan usia kandungan, saiz dan tumbesaran bayi yang dikandung.


(10) ROBOT VIDEO PHONE

Baru-baru ini, sebuah perusahaan peralatan keamanan Tsumk di Jeun  mengeluarkan produk robot anjing. Robot ini dapat langsung menghubungi si pemilik rumah melalui telepon kamera bahkan mengirim langsung wajah si pencuri. Robot ini memanfaatkan teknologi video-phone.

Teknologi robot di Jepun terus berkembang dan semakin canggih. Teknologi robot terbaru ini berbeza dengan robot sebelumnya yang boleh bersuara. Namun soal kemampuannya menjaga keamanan rumah dari pencuri, tetap dapat diandalkan.

Robot yang diperkenalkan ke publik di Tokyo, Jepun, baru-baru ini, dapat langsung menghubungi si pemilik rumah melalui telefon kamera dan mengirim langsung wajah si pencuri. Hal itu boleh dilakukan kerana robot ini dilengkapi piranti sensor yang boleh merngawasi dengan adanya pencuri yang masuk ke rumah.
Robot ini dibuat dengan memanfaatkan teknologi canggih generasi ketiga video-phone. Robot dapat disimpan di samping tempat tidur sebagai pajangan jika tidak digunakan. Dan yang lebih menarik lagi, harga robot ini jauh lebih murah berbanding robot serupa generasi pertama. Robot ini dilepas ke pasaran sekitar 300 ribu yen.

Tuesday 15 May 2012

PROJEK INDIVIDU BBM (DARI BEKAS MINUMAN)



TEKNOLOGI DAN INOVASI
PROJEK INDIVIDU BBM (DARI BAHAN TERBUANG BOTOL MINUMAN)



TAJUK : BEKAS PEN /PENSIL


BAHAN-BAHAN

1. BOTOL KOSONG AIR MINERAL 1.5L
2. PERCA KAIN (CORAK SESUKA HATI)
3. 1 ' TEDDY BEAR' YANG TIDAK MAHU DIGUNAKAN LAGI
4. GAM UHU
5. BUNGA TELUR YANG TERBIAR


CARA-CARA

POTONG BEKAS MINUMAN TADI SEHINGGA LEBIH KURANG SEJENGKAL,KEMUDIAN POTONG  KAIN PERCA TADI MENGIKUT UKURAN BEKAS MINUMAN DAN DIBALUT PADA KESELURUHAN BOTOL DENGAN MELEKATKANNYA DENGAN MENGGUNAKAN GAM UHU.KEMUDIAN LEKATKAN TEDDY BEAR PADA SEBAHAGIAN BEKAS YANG TELAS DIBALUTI KAIN DAN AKHIRNYA TAMPAL BUNGA SEBAGAI HIASAN..

DAN INILAH HASILNYA...DAH SIAP.

(2)
(3)
(4)
(5)
(6)
(7)
(8)
(9)
1.BEKAS/BOTOL AIR 1.5L
(10)