Sunday 20 May 2012

MEMBUDAYAKAN ICT DIKALANGAN JURURAWAT

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang kerjaya bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam kerjaya jururawat ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk menggayakan lagi persekitaran. Walau bagaimanapun pengurusan ilmu bukanlah pengurusan rnaklunat ,Sesebuah organisasi merupakan gedung ilmu secara disedari atau tidak kerana setiap organisasi mempunyai pengetahuan yang unik yang diperlukan untuk organisasi tersebut berfungsi dan 'hidup'. Kecekapan dan kelancaran operasi sesebuah organisasi amat dipengaruhi oleh bagaimana ilmu tersebut diuruskan (Tissen et a12000). Walaupun pengurusan ilmu bukan perkara baru tetapi ia disedari sebagai sesuatu yang amat penting bagi sesebuah organisasi berdaya saingpada abad ke dua puloh satu ini. Ilmu yang diuruskan secara sistematik dapat meningkatkan prestasi organisasi.

12 comments:

  1. Assalammualaikum,
    Panda pendapat saya bidang IT ini perlu diperluaskan lagi dalam bidang kejururawatan untuk penambahbaikan kerja.Ini jug a memudahkan lagi sesuatu kerja Dan meningkatkan lagi kualiti servis sesuatu pekerjaan.

    MAIHANIZAH
    A134830

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, saya amat bersetuju sekiranya kemajuan di dalam teknologi maklumat yang wujud dan berkembang pesat ini diaplikasikan dalam kerjaya terutamanya dalam profesion kejururawatan. penggunaan teknologi ini bukan sahaja untuk menunjukkan bahawa bidang kejururawatan ini berkembang setapak kehadapan tetapi ia juga membantu seseorang jururawat itu dalam menjalankan tugas mereka.

    Muhammad Sukri Bin Muhammad
    A128024

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, teknologi dalam ICT merupakan sesuatu yang amat penting dalam bidang medikal. Teknologi boleh mempermudahkan kerjaya kita dan pada masa yang sama mengurangkan kesilapan yang berlaku pada manusia. Oleh itu, ICT sememangnya boleh menyumbang dalam kerjaya kita.

    Chuah Sun Chin (A129759)

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya,dunia IT sekarang ini merupakan sesuatu yang penting dan mempermudahkan kerjaya.

    Hartini Abdullah (A134861)

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, penggunaan ICT amat penting dalam pengendalian sesebuat organisasi termasuk dalam bidang kejururawatan. Ia seiring dengan pembangunan era teknologi pada masa kini.

    Nor Aida bt. Che Mat(A 134824)

    ReplyDelete
  6. Salam, saya bersetuju dengan pandangan anda. ICT amat penting di era ini terutamanya yang berkaitan dengan bidang kejururawatan.
    Norliza Sulaiman (A 134825)

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya teknologi internet sangat penting dalam semua kerjaya termasuk kerjaya jururawat..ia bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu kerja.

    Nik Elina Ahmad (A 134865)

    ReplyDelete
  8. PAda pendapat saya internet sangat penting dalam kerjaya hari ini..

    shawarulhida (A134872)

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. pada pendapat saya penggunaan IT pada masa sekarang sangat penting untuk meningkatkan mutu kerja..

    ReplyDelete
  11. Internet merupakan suatu kepentingan dalam kehidupan kerjaya hari ini..

    ReplyDelete
  12. saya merasakan internet sangat penting dalam kerjaya untuk meningkatkan mutu kerjaya terutamanya dalam bidang kejururawatan

    ReplyDelete