Sunday 20 May 2012

Teknologi dan inovasi dalam pendidikan kesihatan



Sistem inovasi dalam pendidik kesihatan sangat penting kerana bukan semata penyangkut kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi  itu sendiri  tetapi juga bagaimana bidang teknologi dan inovasi  dapat didayagunakan secara maksimum bagi kepentingan nasional dalam pembangunan ekonomi, sosial, budaya, dan lain-lain. Demikian sebaliknya, perkembangan ekonomi, sosial dan budaya menjadi bahagian  yang tidak dapat diabaikan dan merupakan faktor yang sangat mempengaruhi arah dan kemajuan pendidikan.
Langkah-langkah untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan dalam aktiviti harian.
1)Menggunakan bahan-bahan ciptaan untuk mengajar dan menarik perhatian pelajar dan orang ramai
2.Menyediakan sumber yang begitu luas kepada Pengajar dan Pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.
3.Pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan Pengajar dan Pelajar  untuk  menghantar, menerima dan berkongsi maklumat
4.Sebagai rutin harian dalam pembelajaran dapat dilaksanakan jika segala kemudahan dan pendedahan tentang teknologi terkini dilakukan secara meluas
5.Dapat menarik minat pelajar untuk terus menggunakan teknologi terkini dalam segala urusan samada berkaitan pembelajaran mahupun tidak.

3 comments:

  1. Saya bersetuju bahawa sistem inovasi dalam pendidik kesihatan sangat penting untuk kemajuan sesebuah organisasi.Justeru itu, membudayakan ICT terutamanya di kalangan jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan di persada dunia.
    SITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )

    ReplyDelete
  2. Perkembangan teknologi sangat berkembang maju dalam bidang perubatan dan jururawat memainkan peranan penting untuk mengambil inisiatif dalam memastikan kemahiran dan pengetahuan selari dengan perkembangan ICT. Jururawat perlu melengkapkan diri untuk memastikan proses jagarawatan berjalan lancar. Saya bersetuju dengan pendapat anda.

    ReplyDelete
  3. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
    “Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
    Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan."
    NOR RINA MAHAWAR (A134817)

    ReplyDelete